Read Sitora Harimau Jadian by P. Ramlee Online

sitora-harimau-jadian

Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya…Filem SITORA HARIMAU JADIAN iPenduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya…Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P.Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!...

Title : Sitora Harimau Jadian
Author :
Rating :
ISBN : 9789670374109
Format Type : Paperback
Number of Pages : 207 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Sitora Harimau Jadian Reviews

  • Khairul Hezry
    2019-03-04 02:49

    Part of this review first appeared in my blog, The Malaysian Reader:When I discovered that Amir Muhammad was going to republish the novelisation of P. Ramlee’s ‘lost’ film, I squealed like a teenage girl at a Justin Bieber concert. I have absolutely no idea what Sitora Harimau Jadian (Sitora the Weretiger) was about. Oh, the title made it obvious enough what it was about but I didn’t know how the story played out. Therefore it is understandable why Sitora‘s novelisation, which itself had fallen into obscurity, was able to elicit such excitement from me. If the film itself is gone for good then reading about it would be the next best thing. And indeed it was. Without the reportedly cheap visual effects to prejudice one’s feelings about it, the prose version of Sitora proved to be a not-so-bad stab by P. Ramlee at the horror genre. The lack of audiovisuals would also help the reader appreciate the social commentary of Sitora and it’s not a P. Ramlee movie if it didn’t have any social commentaries, right? Also that particular style of language that was common in the films of the era and which I personally find amusing because I’m weird appears in the book verbatim. That’s not a complain. On the contrary, after reading the other FIXI novels it is refreshing to be reading flowery-theatrical-who-speaks-like-that-in-real-life Malay once again.I confess my 4-star rating for this book was influenced more by my appreciation of anything P. Ramlee and the serendipity of finally having able to read, if not watch, Sitora Harimau Jadian than by the quality of the story itself. Maybe a 3 for the story, plus 1 star for the historical value of a lost, allegedly bad, classic.

  • Gobokairina
    2019-02-19 21:37

    Terasa seperti P. Ramlee itu 'hidup'. Al Fatihah.Full review: 22/01/2014Secara ringkas, kisahnya tentang Sitora; harimau jadi-jadian yang mengganggu ketenteraman kampung. Ramai yang menjadi mangsanya. Si Tok Dukun ada banyak pula helahnya. Dr Effendi; doktor muda dari bandar datang membantu tetapi disumpah pula menjadi anak Sitora. Ha, apa kesudahannya? *wink*Isi ceritanya mudah. Cukup mudah, malahan aku rasa anak-anak sekolah pun boleh memahaminya. Senang cakap, ianya disampaikan dengan straight forward. Malah, adegan thriller tidak cukup menyengat. Tak cukup untuk buat jantungku ‘berhenti’ sejenak. Dari segi gaya bahasa pula, ianya biasa-biasa saja. Cuma pada siapa yang tak biasa dengan bahasa orang lama, akan rasa lame. Konon nak urban sangat kan? hahaha Sedangkan, aku suka dengan bahasa pujangga orang kita. Ingat senang nak reka peribahasa dan pantun bagai?Tetapi mungkin kesederhanaan cerita ini yang mengikat aku. Thriller yang sederhana. Bahasa yang sederhana. Elemen cinta hero-heroin yang sekejap cuma. Semuanya serba sederhana. Memandangkan novelnya pun hanya setebal 207 halaman, jadi sudah nampak betapa sederhana sebenarnya novel ini. Dek kerana ini karya epik, karya seorang tokoh yang aku senang sekali -- P. Ramlee. Makanya buku ini berhak dapat all my respect. Bias? hahaha Yup, aku akui kali ini aku bias ;))Ps: Aku beli buku ni di nile.com hahaha Orang lain shopping baju, hang tak habis-habis dengan novel haihh… *wink*

  • Jerry Ghazali
    2019-02-28 19:37

    Wujud perasaan seperti antara yang bertuah dapat membaca salah satu karya P. Ramlee dalam salinan keras yang dikatakan hilang selain naratif berkenaan siapa gerangannya Sitora Harimau Jadian yang boleh dijangka. Aku cuma tertanya-tanya akan cinta yang tampak segera berlaku antara Naemah dan Doktor Effendi yang kelihatan hampir tak logik andai berlaku dewasa ini. Seolah terlalu pantas untuk keduanya jatuh cinta.Sebenarnya aku tak perlu hairan dengan cinta segera yang kerap dapat ditonton dalam mana-mana filem klasik. Bak kata Agnes Monica, "cinta ini kadangkala tak ada logika".

  • Hilmi Isa
    2019-03-04 19:42

    Sitora,seorang manusia harimau jadian-jadian,sentiasa melakukan onak dan kekacauan di Kampung Kiambang. Anak perempuan Pendekar Amin,Naemah sudah tiga kali diganggu makhluk jelmaan itu. Hilang sabar,Pendekar Amin mengadukan masalah ini kepada Tok Penghulu. Kemudiannya,mereka mengajukan masalah Sitora ini kepada OCPD Mutalib. Mutalib yang menganggap masalah Sitora ini sekadar khayalan dan cerita tahyul penduduk Kampung Kiambang,berfikiran bahawa kepercayaan tahyul penduduk kampung dapat dileraikan dengan kehadiran seorang doktor. Doktor yang dipilih itu adalah Doktor Effendi,seorang doktor dari bandar. Namun demikian,kali pertama dia menjalankan tugasnya,Doktor Effendi telah dianggap musuh oleh Tok Dukun,seorang pawang yang telah sekian lama menjadi tumpuan orang kampung mendapatkan rawatan. Apakah nasib yang akan menimpa Doktor Effendi? Adakah dia mampu membawa perubahan seperti yang diharapkan oleh OCPD Mutalib,sedangkan Sitora masih lagi menghendap dan terus bermaharajalela di Kampung Kiambang? Dapatkan jawapannya melalui novel Sitora Harimau Jadian ini di pasaran!Konsep mengnovelkan sesebuah filem bukanlah sesuatu yang dianggap fenomena yang baharu. Sebaliknya,amalan ini telah lama dilakukan. Lebih-lebih lagi di negara-negara Barat,apabila banyak filemnya yang diterjemahkan di dalam bentuk penulisan,iaitu novel. Namun,inilah pertama kali saya membaca sebuah novel yang diadaptasi dari filem di Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini,adalah amat jarang sekali sesebuah filem di Malaysia diadaptasikan ke dalam bentuk novel (jika pernyataan saya ini salah,sila betulkan saya di ruangan komen di bawah).Berbalik kepada novel ini,Sitora Harimau Jadian merupakan sebuah novel yang diadaptasi dari filem yang turut mempunyai tajuk yang sama,hasil karya Allahyarham Seniman Agung,P.Ramlee. Tambah menarik,filem ini didakwa sudah 'hilang'! Secara tidak langsung,novel ini menjadi sebuah bahan sejarah yang amat bernilai untuk tatapan generasi kini,terutamanya. Novel ini sendiri asalnya pernah diterbitkan pada tahun 1965! Kini,novel Sitora Harimau Jadian ini mendapat nafas baru melalui terbitan FIXI Retro ini. Jika kita mengharapkan gaya persembahan yang kerap digunakan di dalam novel seram dan thriller Melayu,mungkin kita akan berasa sedikit hampa. Hal ini kerana bagaimana karya novel ini diceritakan agak berlainan. Pada pandangan saya sepanjang membaca novel ini,gaya penceritaannya bersifat agak 'straight-forward' dan 'plain'. Boleh saya katakan,tiada unsur-unsur yang begitu mendebarkan hati pembaca ketika membacanya,tidak seperti ketika kita membaca novel-novel thriller yang lain. Elemen-elemen cinta dan kejutan yang terdapat di dalam novel ini juga agak kecil dan tidak diberikan penekanan yang jitu. Saya berpendapat,perkara ini mungkin sekali berlaku kerana penulis yang diamanahkan untuk menulis novel ini,iaitu Zakaria Mohd Yassin,lebih mengikuti babak-babak filem asal ketika melakukan pengolahan,tanpa melakukan tokok-tambah yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi,novel Sitora Harimau Jadian ini hanya setebal 207 muka surat. Ini membuktikan betapa ringkasnya novel ini ditulis. Jadi,pembacaan novel ini boleh dilakukan secara santai dan pantas. Tidak mustahil,novel ini boleh ditamatkan pembacaannya dalam masa sehari sahaja oleh para pembaca yang boleh membaca secara pantas.Dari segi bahasa,bahasa Melayu yang digunakan telah diubahsuai berbanding yang digunakan pada novel asal,seperti yang telah dinyatakan di dalam ruang Pengenalan novel ini. Namun begitu,terdapat beberapa perkataan dan istilah di dalam teks asal 1965 dikekalkan seperti 'bena tak bena' dan 'ditabiri'. Mungkin tujuan penerbit melakukannya adalah untuk memberikan 'feel' tahun 1960-an ketika membaca novel edisi baharu ini kepada pembaca. Namun demikian,saya sebenarnya mengharapkan pihak penerbit mengekalkan sahaja gaya dan lenggok bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam novel asal. Paling tidak,menghasilkan versi novel berbeza untuk tujuan tersebut. Dialognya juga mempunyai kelainannya yang tersendiri. Dialog yang digunakan mungkin akan membuatkan sesetengah pembaca berasa geli hati kerana betapa 'ketinggalan zaman' dialog ditulis. Namun,kepada mereka yang sudah biasa menonton filem-filem era P.Ramlee,mereka mungkin memahami kenapa dialog yang sedemikian rupa digunakan. Walaupun tidak segah novel-novel seram dan thriller lain,saya masih berpendapat novel ini tetap menarik dan menghiburkan untuk dibaca. Mungkin kita perlu membaca novel Sitora Harimau Jadian ini seperti kita menonton filem. Tidak mengharapkan perincian,tetapi menikmati apa yang cuba dipersembahkan dengan minda yang terbuka dan santai. Di dalam novel ini juga disertakan beberapa gambar di dalam setiap bab novel yang diambil dari filem asal. Walaupun demikian,terdapat juga mesej yang cuba disampaikan kepada pembaca melalui novel ini,seperti lazimnya apabila kita menonton mana-mana filem arahan P.Ramlee. Saya mengesyorkan novel ini kepada mereka yang merupakan peminat filem-filem karya P.Ramlee dan kepada mereka yang ingin membaca sebuah novel yang diadaptasi dari filem,yang agak lain dari yang lain. Semua royalti untuk cetakan semula novel Sitora Harimau Jadian ini akan diserahkan kepada waris P.Ramlee,iaitu cucunya,Zakaria Nasir. Adalah menjadi harapan saya supaya FIXI Retro akan dapat menerbitkan lebih banyak hasil karya novel klasik yang mungkin kini semakin dilupakan.

  • Juliza
    2019-03-10 00:45

    Sitora Harimau Jadian (SHJ) – buku ini disadur dari filem tahun 1965 bertajuk sama iaitu satu-satunya filem arahan Tan Sri P.Ramlee yang telah ghaib entah ke mana. Di mana agaknya ya?Sejujurnya, hamba cuma ingin memberi tiga bintang sahaja untuk SHJ versi buku ini kerana pada hamba penulisannya tidak begitu menarik dengan gaya penceritaan yang kadang-kadang cepat, kadang-kadang mendatar. Buku ini juga tidak terlalu misteri, tidak terlalu suspen dan tidak juga terlalu thriller – sederhana saja. Namun, hamba akui kesederhanaan itu sudah cukup menarik kerana faktor Tan Sri P. Ramlee.Namun, hamba sedar bukanlah mudah untuk menterjemahkan ekpressi lakon layar kepada huruf demi huruf di atas kertas sehingga hamba (pembaca) menjadi teringin sekali menonton filem aslinya jika sesiapa berjaya menemukannya. Oleh itu, hamba menambah satu lagi bintang untuk buku ini (3+1=4). Tentang percintaan Doktor Effendi dan Naemah pula, hamba tiada masalah untuk mempercayai bahawa kisah percintaan boleh bermula secepat itu. Ya, hamba sendiri telah jatuh cinta kepada Nat King Cole walaupun baru mendengar perkataan pertama yang dia nyanyikan dari lagunya, Unforgettable. Orang dulu-dulu memang punya aura kecintaan yang hebat barangkali. Hehehe. ;-)

  • Ophan Bunjos
    2019-02-21 20:50

    Karl cakap, dia suka dengan covernya. Sebenarnya aku nak cakap dulu tapi takpe lar, dia lebih cepat. :)Selain itu, hanya 15% saja aku suka tentang buku nih. Cerita dah ok, cuma bahasa penceritaan yang lemah dan buat aku lebih banyak senyum sungging. Hanya hujung yang terbuka kecil. Malah awal-awal aku tikam sape sebenarnya punya kerja untuk mengonarkan seluruh kampung. Tikaman aku tepat dan meraih hadiah lumayan 'puas hati'.Zaman tuh pun dah ada orang yang sudah tidak percaya pada tahyul. Gambaran awal aku dah tentu kepada orang yang berpelajaran. OCPD khususnya. Tak alami depan mata, mana nak percaya. Atau mungkin, sengaja buat tak percaya sebagai menunjuk-nunjuk konon dia orang bandar yang mengalami proses perubahan dari psikologi kampungan. Aku puji sikit pada watak Doktor Effendi, meski perolehi pendidikan dari England, masih cuba memahami konsep tahyul.Buku nih lebih kurang macam kita tengok wayang. Ubah set minda kita melalui penulisan kepada bentuk visual.

  • Norziati
    2019-03-10 01:37

    Filem Sitora Harimau Jadian arahan P Ramlee ialah kisah seorang tok dukun yang korup yang mempergunakan kepandaiannya dalam ilmu perubatan bagi mencipta seekor harimau jadian untuk menakutkan penduduk, supaya penduduk kampung datang berubat dengannya. Dengan itu, dia mempunyai pendapatan tetap dan menjadi popular.Apakah boleh kita rujuk Sitora Harimau Jadian kepada pemimpin yang korup, yang mempergunakan kedudukan untuk memperkayakan diri sendiri? Mungkin ya - kerana filemnya sudah 'ghaib' sehingga kita tidak dapat menontonnya. Tetapi kisahnya boleh di baca dalam novel tulisan P Ramlee ini yang menggunakan judul yang sama. Diterbitkan semula oleh Buku Fixi milik Amir Muhammad, saya berharap buku ini tidak di haramkam oleh sebab sinikal politiknya. Hahaha!

  • Nuruddin AB
    2019-03-11 22:49

    Apa yang bagus tentang buku ini ianya ditulis oleh legend. P. Ramlee. Jadi aku tidak expect dia tulis sepower sasterawan negara, tapi betapa 'art'nya allahyarham tidak dapat dinafikan dengan gaya bahasa yang indah walaupun jalan ceritanya yang predictable. Oh well, ini dari filem asalnya bukan?The best part "Kain telekung fesyen apa yang kau pakai tu, Naemah?" Mak Limah, masa nampak anak dia pakai uniporem jururawat. Epic.

  • Plainqoma
    2019-03-04 22:51

    Jarang dapat baca buku yang ayat berbunga-bunga macam ni. Memang sesuai dengan tema retro era zaman dulu-dulu. Kalau jadi buku literature kat sekolah pun okay apa. Banyak pengajaran, watak antagonis, protagonis, tahyul versus moden. Hmm not bad. Daripada filem ke sebuah buku, nice effort.

  • Mai
    2019-03-12 22:30

    Baca buku ini sbb tak igt apa "ending"nya. Sekarang dah tahu yay!! Harap-harap ada siaran ulangan.Kalau ada kali ni pasti tgk sampai habis.

  • Luc Abdullah
    2019-02-21 04:00

    Kaver epic of the year di rak buku.

  • Naim AlKalantani
    2019-03-04 23:32

    Membaca P. Ramlee seakan-akan menonton P. Ramlee. Aku dapat mengagak setting tempat dan masyarakat dalam Sitora Harimau Jadian melalui novel ini.Walaupun novel ini tidak berjaya menghentikan nafasku seperti kebanyakkan novel Ramlee Awang Murshid, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat membaca karya langka seorang seniman agung.Novel ini hanyalah biasa-biasa saja; mana taknya, P. Ramlee bukanlah seorang penggiat seni tulisan, tetapi seni pentas dan layar perak. Tulisannya sangat mudah difahami, dan ada yang berulang-ulang.

  • PäkLäng
    2019-02-21 00:31

    Ok, membaca karya Allahyarham P.Ramlee membuatkan pembaca rasa seolah-olah sedang menonton filem beliau. Perasaan 'sudah tahu' siapa Sitora, mengundang rasa yang kurang seronok. Soal kisah percintaan pula, seperti kebanyakan kisah yang terdapat dalam filem-filem beliau. Ada scene menyanyi dan menari, walaupun dalam buku siap disertakan dengan lirik lagu. Kudos pada penerbit kerana berusaha meriliskan semula karya lama ini yang boleh dianggap rare. Syabas! Oh ya, sampul buku ini sangat memikat hati pembaca.

  • Syahid Abdullah
    2019-03-13 19:50

    4 bintang sebab ada satu elemen yang aku rasakan allahyarham p. ramlee tertinggal. yakni, elemen sains bila mana unsur tahyul itu terlalu kuat hinggakan tenggelam kemodenan yang ingin disampaikan. namun yang demikian, ceritanya tidak sama dengan filem2 yang lain.

  • Norhani Zaini
    2019-03-06 23:42

    Gaya bahasa dan selingan lagu dalam novel ni terasa macam tengah tengok filem P Ramlee. Best. Dan berdasarkan lampiran gambar2 sedutan dari filem ni rasa macam pernah tengok je filem ini.

  • Izzat
    2019-03-14 23:33

    macam ada 'error' je. m/s 170."permintaan Mutalib"

  • Dayah-sama
    2019-03-10 00:55

    Macam mana aku nak start ye.Aku start dgn yg aku suka la. Aku suka cover buku ni. aku suka kertas buku ni. sbb ade 2-3 buku guna kertas yg licin, dakwat jadi comot bila jari aku berpeluh. sighhhhSinopsis yang ringkas dan padat, terang gitu. takdak twist2. Cerita ni mudah difahami. sng nak bayangkan, ada gambar pun dalam buku ni.Masa aku layan cerita ni, ada la scene2 yg menarik dan lucu yg aku boleh bayangkan. Cth: mak bapak Naemah yg suka bermanja dan mengusik. *wah2pasangancomel* Lepas tu, bila aku baca buku ni, memang ada dua tiga atau empat ke lima camtu la perkataan yang aku belajar kat sekolah lepas tu lupus dek arus perdana dunia moden. cth: nyiru. Nak tau tanya otai. Aku baca bait2 ayat. Aku tersedar sbnrnya, mother tongue kita ni indah. Aku biasa guna peribahasa urban. Beso tapak tangan, stadium selayang aku tadah. ala2 gitu. baca buku ni, baru aku teringat balik peribahasa yg asal. *contoh tak bagus aku ni*. Lepas tu ada acara balas-blas pantun. pasangan kekasih pun malu2 je nak bertentang mata. tak dak pun line I love You, you love me. Yang tak bestnya, Bila dah sampai tengah2 buku. Aku dah bosan. sbb cerita nya terlalu meleret ditarik-tarik. Jujurnyam aku ada selang beberapa mukasurat yg takdak kena mengena, mcm watak2 pi tdo. pemandangan lah apa jadah semua. Sitora pulak bukan fokus utama. lebih fokus pada Naemah dgn Dr Effendi. Aksi sitora pulak samar-samar. Tak byk yg diceritakan. tp okayla. sng nak tau, mangsa mati in the end. Ha, gitu. Last ni. Aku enjoy baca buku ni. sbb cerita ni difilemkan, tp tayang berapa kerat je. tu pun aku tak lahir lagi. zaman mak bapak aku nk pegi sekolah. So, teruja jgk bila baca. Boleh buat modal bercerita dgn mak bapak.okay, thats a wrap !

  • Encik Psychopath
    2019-03-03 20:36

    Seperti yang sedia maklum, cerita ini ditulis sekitar 1964-1965 dan dalam keluaran FIXI, terdapat sentuhan ejaan moden bagi memudahkan pembacaan semasa. Membandingkan buku ini dengan tulisan masakini, pada pendapat aku ia perbuatan yang tidak adil.Tidak keterlaluan untuk dikritik secara moden dari segi jalan cerita yang sederhana dan kemisterian Sitora yang sudah terjangkakan. Rata-rata ulat buku sudah melewati mentaliti pasca kemodenan yang mana mereka telah mendapat pendedahan terhadap buku-buku yang lebih kick. Makanya, P. Ramlee itu sendiri sudah kehabisan zaman.Untuk keberkesanan impak buku ini, kita selami era perfileman yang masih hitam putih dan tayangkan Sitora Harimau Jadian ini dalam layangan visual kita sendiri secara klasik dan saling berbanding dengan filem pada era tersebut. Ia masih setanding filem-filem hebat!

  • Dilla
    2019-02-27 02:40

    apabila membaca buku ini terasa seperti menonton filem p.ramlee. dibesarkan dengan filem-filem dibikin p.ramlee membuatkan aku boleh berimaginasi bagaimana watak-watak di dalam buku ini bergerak. dibantu dengan sedikit gambar dalam buku menguatkan lagi imaginasi aku :)kepercayaan tahyul memang tidak asing lagi dalam masyarakat lama. dimasukkan tahyul (Tok Dukun) sebagai elemen penting dalam buku ini. dalam masa yang sama memperkenalkan sains (watak Dr. Effendi)untuk mengatasi kepercayaan lama itu.kemajuan sains dan teknologi amat penting dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama amalan tradisional dilupa jangan.Tahyul. Sains. Ilusi. Imaginasi. Sitora Harimau Jadian.

  • Muhamad Fahmi
    2019-03-21 02:36

    Sebuah penceritaan klasik Seniman P. Ramlee, yang diadaptasi dari filemnya sendiri.Beri 3 Bintang kerana sudah boleh agak siapa sebenarnya Sitora di pertengahan cerita yang mengurangkan unsur-unsur kejutan. Tetapi syabas kepada penerbitan Fixi kerana berjaya menerbitkan cerita ini semula, tanpa Fixi mungkin teman tidak mengenali langsung karya P.Ramlee yang hilang ditelan zaman ini.Kepada yang gemar kepada hasil tangan P.Ramlee, membaca Sitora Harimau Jadian memang terasa menonton filemnya yang lain dengan lirik lagu di tengah-tengah penceritaan serta diselitkan penggunaan ayat-ayat yang indah terasa seperti Allahyarham P.Ramlee bernyanyi dengan heroin yang cantik.

  • Afifah.
    2019-02-21 03:51

    Ralit membaca hasil buah tangan Allahyarham Seniman P.Ramlee, hinggakan tak sedar dalam masa satu jam novel ini dihabiskan.Oleh sebab dikepilkan beberapa gambar hasil daripada filem Sitora Harimau Jadian, dapat aku bayangkan bagaimana P.Ramlee berlakon. Ah, lakonan beliau manakan pernah mengecewakan.Dah agak, jahat-jahat Tok Dukun, jahat 'berisi'.Mujurlah kehadiran Dr.Abu sebagai penyelamat menyebabkan keadaan kembali tenang.Cumanya, jalan cerita yang terlalu laju-dari satu bab ke satu bab itu menyebabkan agak kurang 'umpphh'.

  • Mohd Faizal
    2019-02-20 01:40

    Dua bintang untuk usaha Fixi terbit kembali naskah ini. Tiga bintang yang hilang untuk P. Ramlee dan Sitora Harimau Jadian.

  • Dawlin Zainudin
    2019-03-07 00:36

    2 bintang untuk usaha Fixi menerbitkan kembali naskhah ini, serta cover yang menarik

  • Pie Mesnan
    2019-03-13 22:30

    sitora...terbitan sulung fixi retro..cabang FIXI..sebuah karya p ramlee...memang tidak mengecewakan jln citer die..tp xthu naper ia menjadi karya yg hilang..bila baca semua bygn menjadi zaman hitam putih kerana sertakan gmbar2 filem sikit..versi melayu tuk werewolf....sbb tu jadi harimau jadian...konsep dlm karya p ramlee ini mengisahkan pendirian antara percaya perkara tahyul atau perubatan moden tuk merawat sakit seseorang itu..akhirnya ada sebab mengapa sesuatu kejadian tu boleh terjadi..tidak kecewa dgn karya fixi retro ini..terbaekk

  • Amani Ewah Ewah
    2019-03-21 19:49

    cerita ini simple tapi ada saspen dia. apa yang membuatkan saya terus nak membaca adalah sebab misteri yang belum selesai. buat saya nak tahu, siapa sebenarnya Harimau Jadian. dan Dr. Effendi yang pada awalnya saya sangkakan hero, bukan lah hero sebenarnya. rupanya orang lain. bila baca buku ni, terasa tengah tengok cerita hitam putih P.Ramlee. best. hehe.

  • ninotaziz ninotaziz
    2019-03-18 03:40

    My first read for 2013. My appreciation for Tan Sri P Ramlee's storytelling increased hundred-fold. It is a short book - a basis for the movie but the message of the story is multi-layered.I am humbled to have this book on my Nusantara shelf, made possible by the untiring efforts of writer Amir Muhammad.

  • Suzainur K.A.R.
    2019-02-23 20:46

    I didn't see the film, but the book is pretty cool. It featured some stills from the movie and it was nicely paced and plotted, though the spelling was pretty archaic. What can you expect from a book written in the 60's?It was a fun read.P/S I did not read the Fixi reprint. I read the original book that was printed in the 60s.

  • Johnny B. Rempit
    2019-03-04 01:34

    Bahasanya mencerminkan era 60an. Terlalu berbunga dan banyak sangat 'cuaca'. Mungkin citarasa saya dalam genre pulp fiction terlalu moden. Ataupun mungkin dalam proses novelisasi, penulis hanya melihat dan menafsir secara literal wayang gambar asal.

  • Nazrul Noorzan
    2019-03-18 02:54

    Sebuah karya dari P.Ramlee. Ketika membacanya buat aku terbayang sedang menonton filem hitam putih zaman P.Ramlee, Aziz Satar, mahupun Datuk Jins Samsudin, sambil ralit mengunyah popkon.

  • Farhana Karim
    2019-03-20 19:37

    mengagumkan ..jalanan cerita yg seram juga dan kepercayaan zaman dulu..jika sekarang mungkin akan dipanggil sebagai saka harimau..